Showing posts with label tips usahawan. Show all posts
Showing posts with label tips usahawan. Show all posts

Friday, 25 January 2013

usahawan segera

Majoriti 'usahawan segera' yang dihasilkan oleh program-program keusahawanan anjuran kerajaan bungkus dengan si usahawan menanggung beban hutang:

1. Dalam kursus yang diberikan, mereka memang digalakkan berhutang. Mereka diajar bagaimana menyediakan kertas projek bagi mendapatkan pinjaman.

2. Mereka mendapat harapan palsu kononnya hutang itu akan dapat dibayar dengan keuntungan dari bisnes yang dijalankan.

3. Mereka tidak diberitahu bahawa 93% bisnes tutup dalam tempoh 3 tahun selepas dibuka.

4. Mereka tidak diberitahu 80% bisnes yang dimulakan dengan duit hutang bank dan grant kerajaan tutup dalam keadaan rugi.

ABS Ainon Business School memperkenalkan mazhab baru memulakan perniagaan berdasarkan model NABI.

1. Membuka perniagaan tanpa berhutang.

2. Memulakan perniagaaan dalam sektor services.

3. Produk dan perkhidmatan yang syariah-compliant sahaja.

4. Selepas bidang services, baru mnceburi bidang trading.

5. Belajar bisnes secara perantis dengan usahawan senior selama 6 tahun.